BAGAIMANA LIM GOH TONG (GENTING) KAYA
Share on

Perniagaan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan
pengorbanan yang seluruh kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius.
Jika kita berani mengambil risiko, perniagaan kita akan terus maju. Jika tidak,
angan-angan hangat tahi ayam ini akan berhenti dipertengahan jalan dan maruah
diri sendiri yang terpaksa digadai. Perniagaan boleh diibaratkan sebagai maruah
seseorang kerana tiada seorang pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan
pihak lain. Orang yang bijak dalam perniagaan mampu merasai kehidupan yang
sebenar dengan memiliki semua keinginan dan impian. Seperti memiliki banglo
seperti istana, memandu kereta mewah, mempunyai kewangan yang stabil, bercuti
di serata pelusuk dunia dengan pelbagai kemudahan lain. Menjurus kepada topik
asal, perniagaan dengan Orang Cina adalah sangat sebati dan sukar untuk dipisahkan.
Boleh dikatakan bahawa rahsia kejayaan Orang Cina adalah melalui perniagaan.
Disebabkan hal itu, ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada golongan
Orang Cina. Golongan ini mampu hidup mewah hasil daripada peluang perniagaan
yang diceburi mereka. Lebih jelas lagi jika kita katakan bahawa sebarang jenis
perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh golongan ini. Sejak awal penubuhan Tanah
Melayu, golongan ini yang datang berhijrah dari China telah memegang tampuk
pentadbiran dalam urus niaga terutamanya perusahaan lombong.
Senarai terbaru kedudukan jutawan Malaysia menurut Malaysian
Business 2011, kedudukan tempat pertama ialah Raja Gula Malaysia, iaitu Tan Sri
Robert Kouk. Beliau merupakan seorang Cina yang memegang aset bernilai RM 50.04
billion. Perniagaan gula yang diusahakannya telah meletakkan statusnya pada
tahap tertinggi hari ini. Tempat kedua disusuli oleh seorang taikun komunikasi,
T Anand Krishnan dengan aset bernilai RM 45.78 billion. Tangga ketiga juga
dikuasai oleh Orang Cina iaitu Pengerusi Public Bank, Tan Sri The Hong Piow
dengan aset bernilai RM 12.77 billion. Tangga keempat sehingga tangga keenam
turut dimonopoli golongan Cina dan tangga ketujuh adalah Orang Melayu iaitu Tan
Sri Syed Mokhtar AlBukhary daripada Yayasan AlBukhary dengan aset bernilai RM
8.84 billion. Golongan ini mempunyai cara yang tersendiri untuk terus maju dan
meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.
Contoh yang paling rapat dengan kita adalah pembukaan pusat
pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Kedatangan beliau sebagai
seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk
membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri
Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri sehingga
berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian
terkemuka dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dan
menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju dalam perniagaan. Mendiang Tan
Sri merupakan pengasas Genting Group dan presiden seumur hidup. Beliau
meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya Asia Tenggara dengan aset
bernilai RM 421.8 billion!
Merendah Diri, Bersopan Santun dan Menghormati
Orang Lain
Perasaan rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang
dimiliki akan menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang
dilakukan. Serta tidak pernah lalai dengan wang yang banyak. Jadi, wang yang
dikumpul sentiasa menjanjikan pulangan modal yang dapat digunakan pada masa
depan dan wang itu juga boleh mula disimpan. Amalan merendah diri akan
membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan dengan kita.
Walaupun kita sudah menjadi antara usahawan yang terkenal, nilai untuk
menghormati orang lain jangan dilupa. Kerana nilai ini menggambarkan sikap
secara keseluruhannya. Selain itu, Tan Sri juga mengamalkan sikap dengan
menepati masa yang telah dibuat. Beliau juga akan hadir 10 minit lebih awal
dari masa yang telah dijanjikan. Beliau sendiri tidak pernah memungkiri janji
yang telah dibuat. Kerana perkara seperti ini akan menjejaskan hubungan yang
telah dibina. Seboleh-bolehnya, jauhi kelakuan ini untuk menjamin hubungan yang
baik. Tan Sri juga mengamalkan amalan bangun tidur awal dan kembali ke bilik
tidur lambat. Jika mahu berjaya dalam perniagaan, mari kita cuba tips beliau.
Berkerja Keras & Sedaya Upaya
Orang Cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan. Kerana,
dunia perniagaan menjanjikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sangat
manis. Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat
atas usaha diri sendiri. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup
dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Pemikiran Orang
Cina dengan bangsa lain adalah sangat berbeza. Orang Melayu contohnya hanya
berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di
universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk
mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih
selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan
membuatkan golongan ini gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf
juwatan Malaysia. Rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari.
Mereka hanya ada masa yang terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka
menghargai masa sebaiknya. Jika kaum lain, cukuplah apabila keluar bekerja
pukul 8 pagi dan pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang. Hanya tunggu
hujung bulan apabila gaji boleh dikeluarkan.
Golongan ini juga sentiasa bersikap tamak dan tidak pernah
berpuas hati dengan keselesaan yang sedia dinikmati. Mereka tidak pernah jemu
untuk menjadi kaya. Sikap ini menjadi pembakar semangat mereka untuk berusaha
dengan lebih gigih. Jika hendak dibandingkan dengan kaum lain seperti Melayu
sendiri, mereka akan cepat merasa puas dan selesa dengan apa yang mereka
miliki. Mereka kurang berminat untuk memperbaiki hidup yang selesa untuk
menjadi lebih selesa lagi. Itulah kelemahan kaum Melayu. Mungkin mereka baik
dalam bidang lain, bukan dalam bidang pernigaan. Rata-rata kaum lain tidak
berminat untuk menambahkan masalah sakit kepala apabila beban dan tanggungjawab
kerja semakin bertambah. Bagi kaum lain, orang tamak selalu rugi, tetapi tidak
bagi Orang Cina. Semakin tamak, semakin baik. Orang kaya akan semakin kaya, dan
orang yang malas akan terus susah. Orang Cina bersikap tamak untuk mengumpul
aset yang dimiliki dan untuk kesenangan generasi mereka. Mungkin juga mereka
dipengaruhi oleh faktor yang telah diketahui ramai bahawa Orang Cina sangat
bijak dalam selok-belok perniagaan. Disebabkan hal inilah menjadi faktor
pendorong untuk menjadikan mereka terus kaya. Bimbang jika air muka mereka
jatuh.
Amalan Menyimpan Wang
Tan Sri mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi
bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang
akan datang. Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, selepas itu
hanya kerugian sahaja yang diterima. Adat berniaga pasti ada untung rugi.
Tetapi jika hanya rugi, tandanya perniagaan itu sudah tidak mampu bertahan
lama. Wang modal perniagaan dengan wang perbelanjaan harian mesti disimpan
secara berasingan. Hal ini bagi mengelakkan masalah pengeluaran perbelanjaan
untuk keperluan yang tidak sepatutnya. Apabila melihat wang yang banyak, tanpa
berfikir panjang pasti kita akan menggunakan wang itu tanpa menyedari itu
adalah wang untuk pusingan dan pelaburan yang seterusnya. Manusia sememangnya
mudah alpa, nampak sahaja kemudahan yang ada, mulalah lupa dunia. Wang yang
sepatutnya disimpan silap-silap habis dibelanjakan pula. Apabila perniagaan
semakin maju, modal juga semakin besar. Apabila mempunyai wang yang besar untuk
dilaburkan maka keuntungan juga semakin tinggi. Mempunyai kedudukan yang kukuh
dalam perniagaan adalah harapan bagi semua peniaga dan usahawan yang berjaya.
Dalam kata yang paling mudah, modal besar untung juga pasti besar.
Bermula dari Bawah
Beliau bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja
sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar
kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula
berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang
lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Orang Cina
berharap untuk menjadi terkenal sejak awal pembabitan dalam dunia perniagaan.
Harapan adalah satu, tidak mahu kaum dan keturunan mereka terus susah. Beliau
sendiri pernah dikatakan gila apabila mengatakan hasrat untuk membagunkan
Gunung Ulu Kali. Lihat, sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu
Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands. Setiap titik peluh yang mengalir
telah memberikan kita keselesaan sehingga dikenali seluruh dunia. Secara tidak
langsung, penubuhan Genting Highlands juga telah memberikan peluang pekerjaan
kepada semua kaum.
Tidak Bermain Kotor dalam Perniagaan
Berikutnya, beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor
dalam perniagaan. Jangan mengambil jalan pintas jika mahu perniagaan yang
diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang
berikutnya. Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu
terjun ke dunia perniagaan agar tidak membuat helah. Kerana tiada jalan pintas
untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan
menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang dilakukan. Minat
merupakan ubat yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan. Peniaga harus
sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan sekeliling dan juga percaya kepada
Tuhan dan memohon berkat daripadanya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu
perkara yang mudah, jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu
bertahan ekoran ada musuh yang menikam dari belakang. Pendek kata, berbuat baik
pada semua orang adalah kuncinya.
Berani Menanggung Risko
Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan
tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan
yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus
dilupakan. Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea
seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu.
Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah
mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan
pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti
itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu
bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan
dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24
jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau
juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang
yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga
pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang
paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di
dunia.
Secara kesimpulannya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya
dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib. Kerana semua manusia itu
mempunyai cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi
untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang
hendak dilakukan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh
perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Sebelum itu, rasanya kita patut
membaca biografi bertajuk “Cerita Saya”. Buku ini mengandungi kisah disebalik
kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong sebelum berjaya mendirikan sebuah empayar besar
bertaraf dunia. Tahniah!
Comments
Post a Comment